Tuesday, 20 March 2012

Ya Tuhan, kurniakanlah keredhaanMu, agar aku mampu meredhai kurniaMu

Ya Allah, esok result SPM keluar. I cannot even tell what my target is right now cause I'm just too nervous. Aku harap yang terbaik untuk aku dan kawan2. Dan yang terbaik itu tak semesti A+ yang paling banyak. Tapi keputusan yang macam mana yang akan lebih mendekatkan kita dengan Allah.


Janganlah....
  

  • Dapat keputusan yang cemerlang tapi riak, dan rasa result itu hasil usaha kita semata-mata. Sebab tanpa izin Allah, tak akan tercatat sebarang keputusan di atas sekeping kertas itu. Ustaz saya pernah cakap, daripada sesuatu keputusan tu 0% adalah dari usaha kita, kerana 100%, segalanya adalah dari Allah

never have this expression on your
face or deep down in your heart


  • Dapat keputusan yang kurang cemerlang dan tidak redha dengan keputusan tersebut kerana kita dah berusaha sedaya upaya. Sanggup tak tidur malam dan bayar duit tusyen yang mahal. Merasa Tuhan tidak adil kerana ada segelintir yang tidak berusaha sekeras kita tapi mendapat keputusan yang jauh lebih baik.
It's okay to feel down, but rise back up and 
be ready to take down more challenges in life.

Wahai diri sendiri, ingat, Allah itu Maha mengetahui dan Maha adil. Dia tidak akan mengurniakan kepadamu sesuatu melainkan itu adalah yang terbaik untukmu. Sama ada pada saat itu, atau untuk dirimu yang akan datang. Jadi tabahkan dirimu dan redhailah kurniaNya. Dan keredhaan itu hanya Dia yang mampu mengurniakan kepada hambanya. Maka pohonlah keredhaan itu dariNya.

No comments:

Post a Comment