Sunday 26 February 2012

uneasy (-_-)

It will be in just about a month til the result for SPM will be out. And I am nervous as hell. I'll be truthful and say that I hope I'll get an excellent result but I won't lie, I don't think i deserve 11A+. I don't think I've worked hard enough to hope for such achievement. So my target is only for 8 subjects, still I hope Allah find me deserving of that. If He find it otherwise, i hope deeply that I will come to accept it. Allah knows what is best for His creatures therefore, what He have planned for me, no doubt it will in my best interest. However I must prepare myself mentally, for most of the things in this world are easier said then done. I just need to prepare myself for all the possibilities. As a friend once said, 'we hope for the best but we prepare for the worst'. I'm just to nervous I can't find more words to type. Oh dear Almighty Allah, I pray for You, to give me strength and patience for whatever fate you have written for me... Keep me strong and away from despair and grief. Ya Allah, Ya Rabbal 'alamin~


Tuesday 7 February 2012

Bila manusia tak peduli halal haram

PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa
PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEYayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Antaranya bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk Jerai. Kita tidak menentang memberi bantuan kepada rakyat.

“Tetapi mana-mana hasil negeri tersebut khususnya zakat, selagi mana penduduk negeri tersebut masih ada yang miskin, tidak boleh bawa ke tempat lain.

“Apatah lagi, Wilayah Persekutuan cukup ramai dengan setinggan, PPR dan ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, tiba-tiba tetapi ambil duit Yayasan Taqwa bawa pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail.
Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.
Jumlah belum dikesan
"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.

NONEBagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau  juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur dan bukan secara rahsia" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahankan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, Mohd Nasaie membantah tindakan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah dan mendesak satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan untuk mengaudit kewangan dan pengurusan semua agensi di bawah MAIWP.

Dalam sidang media itu juga, Mohd Nasaie kesal dengan tindakan Jamil yang didakwanya mengarahkan agar usaha menjalankan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sebuah menengah agama milik MAIWP di Bandar Tun Razak, dihentikan.

Ahmad Zahid Umno VPSedangkan menteri sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menjanjikan peperiksaan tersebut akan dijalankan di sekolah berkenaan.

“Sudah ada perancangan daripada menteri, sudah tentu ada bajet... Untuk zaman Jamil Khir ini, tiba-tiba, untuk peringkat pertama, pelajar yang baru habis SPM baru-baru ini, tahun ini tidak dibenarkan ambil STAM di situ.

"Jadi sumber dalaman JAWI memberitahu kepada kita, ini adalah kehendak Jamil Khir menghentikan usaha untuk mengadakan STAM di situ," katanya.

Mohd Nasaie menyifatkannya ianya sebagai satu perkara malang kerana sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah menengah agama pertama di Wilayah Persekutuan yang akan menjalankan peperiksaan itu.

Hal demikian, tambah Nasaie, menyebabkan pelajar yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan tersebut terpaksa berbuat demikian di Selangor atau di negeri lain.

Menyirap darah bila baca post ni. Manusia zaman sekarang memang suka makan hak orang lain ke? Duit yang sepatutnya kami dapat untuk wujudkan STAM kat sekolah tu dia pakai untuk kepentingan dia pulak. Nak dapat green light ayah tok amek STAM kat KL pown susah. Nak mintak kat negeri lain, mmg x dapat la. terlepas peluang aku nak amek STAM. Super duper kecewa!!!!

Sunday 5 February 2012

YA RASULULLAH, kami merinduimu~



suatu hari..nabi bertanya:"siapakh hamba Allah yg mulia?"

sahabat mnjwb: "para malaikat ya Rasulullah"


sahabat: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

nabi tsenyum lalu bkata:"ya, mereka mulia tp ad yg lbih mulia"


para sahabat tdiam lalu bkata:"adkh kami yg mulia i2 ya Rasulullah?"

nabi bkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu 



pjuanganku, ttp bkn kalian yg ak maksudkn..nabi mnundukkn wjhnya, baginda


menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi dan janggutnya lalu bkata...


"wahai shbtku, mereka adlh manusia2 yg lahir jauh stlh wafatnya aku, mereka 



tlalu mncintai Allah & tahukh kalian..mereka x pnh melihtku, mereka hidup 


tidak dekat dgnku spt kalian ttp mereka sgt rindu kpdku & saksikanlah wahai 


sahabatku bahawa AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "

ya Allah....(T_T)






Sebak hati membaca kisah ini. Kisah tentang kasih baginda terhadap umatnya yang baginda sendiri tidak pernah bertemu. Jadi adalah tidak wajar sekiranya kita berpendapat rasa kasih untuk baginda adalah mustahil kerana masih belum bersua dengannya. Ternyata, baginda sudah merindui kita semasa kita belum wujud di dunia ini. Subahanallah... Sucinya Nabi junjunganMu YA ALLAH. Hingga ke nafas terakhirnya baginda masih mengingati umat-umatnya. Maka kejilah manusia andai mereka tidak menghargai insan semulia ini. Jadi mari sama-sama berselawat ke atas baginda, mendoakan kesejahteraannya kerana lidahnya sentiasa basah mendoakan kita. 




p/s:Selamat Ulang Tahun kelahiran, Nabi Muhammad S.A.W!

Thursday 2 February 2012

Sang Bulan

Alangkah indahnya andai aku sang bulan,
punya teman pembantu buat aku bersinar,
tanpa mengharap sebarang balasan,
itulah teman sejati, sang mentari,
jarang bertemu namun persahabatan tetap abadi.


Alangkah indahnya andai aku sang bulan,
punya peneman pengubat kesepian,
bersama-sama menyinari langit malam,
keindahan yang berseri, sang bintang,
sentiasa disisi menemani tetap di hati.


Alangkah indahnya andai aku sang bulan,
punya pelindung yang sangat penyayang,
menjadi pemujuk dikala aku bersedih,
keprihatinan yang x putus, sang awan,
menemani di saat duka datang bertandang.


Hidupku sebenarnya seperti sang bulan,
punya peneman penyeri kehidupan,
menghapus segala kesunyian.

Hakikat tentang makhluk tuhan bernama manusia

Manusia sering berpura-pura,
pura-pura marah walhal suka,
bagi mengaburi mata yang lain,
agar rahsia hati tidak terbongkar,
dan terus tersimpan di dalam hati,


Manusai sering berpura-pura,
pura-pura benci sedangkan sayang,
pabila ego menguasai diri,
menjadi benteng penghalang kejujuran,
terus dibiar berleluasa


Manusia sering berpura-pura,
pura-pura sayang padahal tidak,
menganggap hati sebagai mainan,
melukai serta menyakiti,
hanya hiburan bagi mereka


Andai TUHAN menetapkan,
suatu hari tanpa kepura-puraan,
pasti semua akan terbongkar,
hakikat kehidupan manusia,
yang berlandaskan penipuan.